05 January 2017

Soalan Lazim : Kemasukan Ke Kolej Vokasional

Assalamualaikum. Lama sangat tak jenguk blog ni, dan sekarang ni pun musim adik-adik lepasan PT3 memohon sekolah-sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional dan lain-lain. Since aku pernah pos tentang Kolej Vokasional 5 tahun yang lepas, Omg malu k nak baca balik post tuBanyak sangat komen, pertanyaan, whatsapp, email, chat kat facebook, semua tanya pasal Kolej Vokasional, Kalah retis kateko. So sorry banyak yang tak sempat nak balas sebab sibuk sikit sekarang. Siang jadi pekerja, malam jadi student.

Sekarang ni, tengah On Job Training ataupun praktikal, ataupun orang panggil Latihan Industri di Mohd Anuar & Co, Peguambela & Peguamcara di Sungai Petani. Tak jauh pun dengan Kolej Vokasional Sungai Petani 2. In Shaa Allah bulan 3 ni habis. Banyak pengalaman dapat kat sini, dan waktu ni lah baru sedar.

"Ya Allah, apa yang aku belajar selama ni tak sangka berguna masa kerja. Dulu masa belajar main-main. Sekarang baru tau guna, punca, kenapa, sebab belajar benda-benda tu."
Sekarang pun tak sempat nak bernyawa sebab pagi sampai petang kerja, then malam kena buat buku log, laporan, dan of course kena siapkan Final Project.  Untuk yang tertanya-tanya tu, aku sekarang dah habis dah 8 semester bersamaan 4 tahun di Kolej Vokasional. Alhamdulillah. Cuma tunggu habis praktikal, dan segala benda yang tertunggak macam laporan semua tu je. Perancangan lepas habis praktikal ni taktau lagi sama ada nak cari kerja di Kedah ataupun balik ke rumah di Kuala Kangsar, Perak. :) Untuk information semua, masa praktikal tak ada disediakan asrama ya. Sama ada pilih tempat praktikal berdekatan dengan rumah, ataupun menyewa je lah macam aku ni.



Kat sini, aku kumpulkan Frequently Asked Question (FAQ) yang orang selalu tanya, tiap-tiap tahun tanya soalan yang sama. Ponat den nak ulang banyak kali. So baca je kat sini. Tapi jawapan-jawapannya mungkin ada yang betul, ada  yang salah. Sebab Kolej Vokasional kat Malaysia ni bukan satu je, so mungkin ada sistem yang tak sama.

1.  "Kalau ada subjek gagal susah tak nak mohon Kolej Vokasional ni?"
Bab ni rumit sikit, selalu ikut Kolej Vokasional tersebut. Kalau permohonan untuk masuk ke KV tu tinggi, mestilah susah kan nak masuk. Sekarang ni pula, sistem PT3 kan, so taktau sangat. Cuma kalau masa PMR dulu tu susah la nak masuk kalau ada gagal."


2. "Macam mana laluan perjalanan sebelum nak masuk ke KV ni?"

  1. Mohon untuk masuk ke KV.
  2. Permohonon akan disenarai pendek. 
  3. Akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  4. Temuduga
  5. Surat tawaran akan dihantar kepada yang berjaya.
  6. Daftar masuk.


3. "Macam mana dengan interview?"
Sebelum ni, aku pernah juga join untuk interview student yang baru nak masuk. So tau la serba sedikit hal-hal ni. Masa interview pakai baju sekolah, dan selalunya ada test sikit bab-bab bacaan dalam solat, baca potongan ayat Al-Quran. Lepastu baru interview macam nak interview kerja tu.

Antara soalan-soalan basic, macam pencapaian masa sekolah dulu,  kenapa pilih kursus ni, kenapa kena pilih korang, dan lain-lain. Paling penting, tunjukkan minat dan pengetahuan dalam kursus tersebut. Macam kursus aku ni, kesetiausahaan. Jangan la bila tanya, apa yang awak tau pasal kesetiausahaan, senyap, blur, taktau apa. Kalau interview untuk bidang Kulinari mesti lah tau basic memasak ni. Kang kena test sikit bahan-bahan memasak depan mata, haa kunyit dengan rempah kari pun ko taktau mana satu, haa susah la gitu. Oh ye, untuk Kesetiausahaan, ada kena buat english communication sikit, //goreng je// Yang pasti, kena yakin. Baru penemuduga yakin dengan korang, even result korang cukup-cukup makan pun, kalau pandai ambil hati temuduga, In Shaa Allah masih berpeluang.


4. "Kolej Vokasional ni pakai baju sekolah ke?"
Untuk uniform Kolej Vokasional, setakat ni untuk pra diploma iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 akan pakai baju korperat Kolej Vokasional berwarna oren, selaras 1 Malaysia. Bagi pelajar Diploma yang berumur 18-19 tahun pula, akan pakai uniform yang berbeza antara setiap KV. Untuk setiap kursus juga, mungkin akan ada uniform untuk kursus masing-masing.

Uniform Kolej Vokasional selaras 1 Malaysia

Uniform pelajar Diploma KVSP2 
(Uniform adalah  berbeza mengikut Kolej Vokasional masing-masing)

Dan bawah ni pula contoh-contoh uniform bagi kursus masing-masing. Credit gambar : Kelab Fotografi Kolej Vokasional Sungai Petani 2.





4. "Subjek apa yang belajar kat sana?"
Kat KV ni pengajian selama 4 tahun. So 2 tahun untuk pra diploma, 2 tahun lagi diploma. Total keseluruhan semester ialah 8 sem. Pelajar pra diploma akan ambil subjek teras (BM, BI, Math, Sains, Sejarah, Agama) dan tambahan subjek modul course masing-masing. Setiap semester modul course akan bertukar. Bagi pelajar diploma pula, tak pasti untuk sistem yang seterusnya, tapi kalau ikut sistem macam aku ni, masa diploma ada la subjek Sains, Math, English Communication, Keusahawanan, Profesionalisme Pekerjaan, Tanggungjawab Pekerja, pilihan Bahasa Arab/Mandarin dan lain-lain lagi. Dan macam biasa, setiap semester akan ada tambahan untuk modul course. Kalau Kesetiausahaan ada lah modul macam (Office Documentation, Asset & Facilities, Penulisan RINTAS, Meeting & Travel Arrangement, Computerized Account, Human Resourse, dll)


5."Bab pakaian, barang keperluan asrama semua tu macam mana pula?"
Surat tawaran akan dipos kepada pelajar. So dekat dalam tu, akan tertulis lah segala yuran, dan keperluan seperti uniform dan barang-barang yang perlu dibeli di KV. Antaranya, uniform, baju batik asrama, cadar, selimut, (Kalau tak ada dalam senarai tu, kena beli lah sendiri)

Banyak lagi soalan sebenarnya, In Shaa Allah kalau ada masa, aku akan reply. So good luck kepada yang memohon tu.  Ni kalau korang nak baca balik pos lama :


Adios.

You may leave your comment :)

33 comments:

  1. Sis, klau pilihan bahasa tuh, ada bahasa Japun, Korea dan Thailand x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni yang saya tau Arab dengan Mandarin je. Taktau la sistem yang akan datang ni macam mana.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak. Saya one of the PT3 students last year and sekarang tengah tunggu permohonan for KVSP2 (Kulinari). Ada lah juga rasa takut tak boleh carry on dengan Kulinari T-T And hati saya juga berbahagi sebab saya tak tahu nak pilih Science tulen di Sekolah Menengah harian biasa or Kulinari. Tapi kalau ada rezeki (dpt KV) di sana insha-Allah saya akan focus dalam bidang Kulinari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, buat pilihan yang terbaik k. Ikut mana yang lebih minat.

      Delete
    2. Assalamualaikum sis, selalunya yang ditanya dlm interview tu potongan ayat al-quran yang mana?

      Delete
    3. Waalaikumsalam. Random.

      Delete
  3. oh org kuala ke.. hehe

    komen xberkaitan dgn tajuk entry ni kan.ekeke

    ReplyDelete
  4. salm akak saya baru ja dapat panggilan interview kv sp2.diaorang sruh pakai bju sukan msa interview tu nk buat ujian fizikal so ujian fizikal tu mcm mana??Takut jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu ujian fizikal ni kena berlari ala-ala merentas desa tu. Tapi tak jauh mana pun. Lebih kurang 2 round pusing padang. Kalau pengsan tu out la. Sebab sesetengah course perlukan daya ketahanan tinggi.

      Delete
  5. drop by :D done follow
    http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/12/new-year-giveaway-by-mf-11012017.html

    ReplyDelete
  6. info yang sangat padat :) Semoga menjadi rujukan buat adik-adik yang bakal memasuki belajar nanti :)

    hi, singgah sini :)

    fatinamdzfr.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. diorang kalau nak bagi tahu kita dapat ke tidak akan hantar email atau sms.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu sms untuk panggil interview. Kalau dapat, surat tawaran akan dipos ke rumah.

      Delete
  8. Assalammualaikum kak, saya Baru je dapat interview untuk isnin ni dan saya pilih course fesyen . Masa interview nnti ada ke dia Tanya ke apa apa mengenai fesyen ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kursus fesyen rasanya kena design (lukis dan warna) baju masa interview. Bab tanya tak tanya tu tak sure.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak,saya student pt3 thn lepas dan saya dh mohon kv bidang kulinari...saya pilih bidang tu sbb nk belajar memasak so mcm mana kalau saya tak tahu memasak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Susah sikit tu kalau taktau memasak. Kalau kurang mahir, takpe. Sebab masa interview ada tanya tentang basic memasak ni.

      Delete
  10. Assalamualaikum.. Akak saya baru dapat interview hari selasa ni, saya pilih course bakery, actually saya tak tahu sangat tentang bakery tapi memang saya berminat, boleh tak akak bagitau macam mana course bakery ni di interview? thanks akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sebelum ni ada dengar-dengar je cerita. Kalau bakeri ada tanya macam mana nak buat roti kot kalau tak silap. So kena bagitau la. Contoh : Masukkan air, uli tepung dan seterusnya.

      Delete
    2. Thanks akak doakan sy ya ^^

      Delete
  11. Asalamualaikum says nak Tanya sis sekarang dh 8.1.2017 kenapa ada rakan saya yang dapat mesej interwiew taping sya x dpt lagi..klau nk buat rayuan macam MNA kak tolong sya blh x..lgi senang klau kak add sya KT fb blh kak beri pencerahan kat data berkaitan kv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kalau still tak dapat sms tu, maknanya tak dapat la. Kalau nak buat rayuan, kalau tak silap 23hb. Boleh walk in ke KV tersebut dan ambil borang rayuan.

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Assalam akak saye pelajar pt3 tahon lps saye baru dpt sms ade interview rabu nih ..tp saye dengar pelajar kv nih x leh sambong belajar ..so x tau lah nak masok ker x ...bole bagi pendapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sambung belajar. Jadi isu sebab ada kenyataan media yang update macam tu. Lepas dah dapat kenyataan dari BPTV, baru artikel-artikel baru yang positif pula naik sekarang ni.

      Pelajar KV boleh sambung belajar dengan 2 cara:

      1. Masa SVM iaitu Sijil Vokasional Malaysia, (tingkatan 4 dan 5) pelajar wajib lepas PNGK Akademik 3.33 dan PNGK Vokasional 3.67. Kepujian Bahasa Melayu, dan kompeten semua modul Vokasional. Dan semasa umur 18 dan 19 tahun wajib dapatkan sijil DVM (Diploma Vokasional Malaysia).

      2. Bagi pelajar yang tak lepas pointer macam kat atas ni, Pelajar perlu dapatkan sijil APEL (proses pengkreditan pengalaman pembelajaran terdahulu). Maksudnya pelajar perlu ada pengalaman kerja 2 tahun, baru boleh sambung degree.(Pada umur 21 tahun)

      Delete
  14. Assalamualaikum sis , mmg semua aliran kena temuduga ke? Klu tk ada sms maksudnya tak dapat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, setahu saya kena interview dulu. Kalau tak dapat interview, maknanya tak dapat. Kalau nak masuk jugak, boleh buat rayuan.

      Delete
  15. Assalamualaikum.kalau pelajar yang gagal matematik dan sains dlm PT3 memang gagal masuk KV?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok permohonanan. Kalau ramai mohon, peluang tipis la. Kalau masa PMR dulu, gagal tak dapat. PT3 sekarang taktau macam mana.

      Delete
  16. Seronok tengok Beeha berkongsi pengalaman dan menjadi rujukan untuk yang lain =)

    ReplyDelete

Maaf kalau tak dapat nak balas komen.