Showing posts sorted by relevance for query kolej vokasional. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kolej vokasional. Sort by date Show all posts

05 January 2017

Soalan Lazim : Kemasukan Ke Kolej Vokasional

Assalamualaikum. Lama sangat tak jenguk blog ni, dan sekarang ni pun musim adik-adik lepasan PT3 memohon sekolah-sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional dan lain-lain. Since aku pernah pos tentang Kolej Vokasional 5 tahun yang lepas, Omg malu k nak baca balik post tuBanyak sangat komen, pertanyaan, whatsapp, email, chat kat facebook, semua tanya pasal Kolej Vokasional, Kalah retis kateko. So sorry banyak yang tak sempat nak balas sebab sibuk sikit sekarang. Siang jadi pekerja, malam jadi student.

Sekarang ni, tengah On Job Training ataupun praktikal, ataupun orang panggil Latihan Industri di Mohd Anuar & Co, Peguambela & Peguamcara di Sungai Petani. Tak jauh pun dengan Kolej Vokasional Sungai Petani 2. In Shaa Allah bulan 3 ni habis. Banyak pengalaman dapat kat sini, dan waktu ni lah baru sedar.

"Ya Allah, apa yang aku belajar selama ni tak sangka berguna masa kerja. Dulu masa belajar main-main. Sekarang baru tau guna, punca, kenapa, sebab belajar benda-benda tu."
Sekarang pun tak sempat nak bernyawa sebab pagi sampai petang kerja, then malam kena buat buku log, laporan, dan of course kena siapkan Final Project.  Untuk yang tertanya-tanya tu, aku sekarang dah habis dah 8 semester bersamaan 4 tahun di Kolej Vokasional. Alhamdulillah. Cuma tunggu habis praktikal, dan segala benda yang tertunggak macam laporan semua tu je. Perancangan lepas habis praktikal ni taktau lagi sama ada nak cari kerja di Kedah ataupun balik ke rumah di Kuala Kangsar, Perak. :) Untuk information semua, masa praktikal tak ada disediakan asrama ya. Sama ada pilih tempat praktikal berdekatan dengan rumah, ataupun menyewa je lah macam aku ni.


Kat sini, aku kumpulkan Frequently Asked Question (FAQ) yang orang selalu tanya, tiap-tiap tahun tanya soalan yang sama. Ponat den nak ulang banyak kali. So baca je kat sini. Tapi jawapan-jawapannya mungkin ada yang betul, ada  yang salah. Sebab Kolej Vokasional kat Malaysia ni bukan satu je, so mungkin ada sistem yang tak sama.

1.  "Kalau ada subjek gagal susah tak nak mohon Kolej Vokasional ni?"
Bab ni rumit sikit, selalu ikut Kolej Vokasional tersebut. Kalau permohonan untuk masuk ke KV tu tinggi, mestilah susah kan nak masuk. Sekarang ni pula, sistem PT3 kan, so taktau sangat. Cuma kalau masa PMR dulu tu susah la nak masuk kalau ada gagal."


2. "Macam mana laluan perjalanan sebelum nak masuk ke KV ni?"

  1. Mohon untuk masuk ke KV.
  2. Permohonon akan disenarai pendek. 
  3. Akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  4. Temuduga
  5. Surat tawaran akan dihantar kepada yang berjaya.
  6. Daftar masuk.


3. "Macam mana dengan interview?"
Sebelum ni, aku pernah juga join untuk interview student yang baru nak masuk. So tau la serba sedikit hal-hal ni. Masa interview pakai baju sekolah, dan selalunya ada test sikit bab-bab bacaan dalam solat, baca potongan ayat Al-Quran. Lepastu baru interview macam nak interview kerja tu.

Antara soalan-soalan basic, macam pencapaian masa sekolah dulu,  kenapa pilih kursus ni, kenapa kena pilih korang, dan lain-lain. Paling penting, tunjukkan minat dan pengetahuan dalam kursus tersebut. Macam kursus aku ni, kesetiausahaan. Jangan la bila tanya, apa yang awak tau pasal kesetiausahaan, senyap, blur, taktau apa. Kalau interview untuk bidang Kulinari mesti lah tau basic memasak ni. Kang kena test sikit bahan-bahan memasak depan mata, haa kunyit dengan rempah kari pun ko taktau mana satu, haa susah la gitu. Oh ye, untuk Kesetiausahaan, ada kena buat english communication sikit, //goreng je// Yang pasti, kena yakin. Baru penemuduga yakin dengan korang, even result korang cukup-cukup makan pun, kalau pandai ambil hati temuduga, In Shaa Allah masih berpeluang.


4. "Kolej Vokasional ni pakai baju sekolah ke?"
Untuk uniform Kolej Vokasional, setakat ni untuk pra diploma iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 akan pakai baju korporat Kolej Vokasional berwarna oren, selaras 1 Malaysia. Bagi pelajar Diploma yang berumur 18-19 tahun pula, akan pakai uniform yang berbeza antara setiap KV. Untuk setiap kursus juga, mungkin akan ada uniform untuk kursus masing-masing.

Uniform Kolej Vokasional selaras 1 Malaysia

Uniform pelajar Diploma KVSP2 
(Uniform adalah  berbeza mengikut Kolej Vokasional masing-masing)

Dan bawah ni pula contoh-contoh uniform bagi kursus masing-masing. Credit gambar : Kelab Fotografi Kolej Vokasional Sungai Petani 2.





4. "Subjek apa yang belajar kat sana?"
Kat KV ni pengajian selama 4 tahun. So 2 tahun untuk pra diploma, 2 tahun lagi diploma. Total keseluruhan semester ialah 8 sem. Pelajar pra diploma akan ambil subjek teras (BM, BI, Math, Sains, Sejarah, Agama) dan tambahan subjek modul course masing-masing. Setiap semester modul course akan bertukar. Bagi pelajar diploma pula, tak pasti untuk sistem yang seterusnya, tapi kalau ikut sistem macam aku ni, masa diploma ada la subjek Sains, Math, English Communication, Keusahawanan, Profesionalisme Pekerjaan, Tanggungjawab Pekerja, pilihan Bahasa Arab/Mandarin dan lain-lain lagi. Dan macam biasa, setiap semester akan ada tambahan untuk modul course. Kalau Kesetiausahaan ada lah modul macam (Office Documentation, Asset & Facilities, Penulisan RINTAS, Meeting & Travel Arrangement, Computerized Account, Human Resourse, dll)


5."Bab pakaian, barang keperluan asrama semua tu macam mana pula?"
Surat tawaran akan dipos kepada pelajar. So dekat dalam tu, akan tertulis lah segala yuran, dan keperluan seperti uniform dan barang-barang yang perlu dibeli di KV. Antaranya, uniform, baju batik asrama, cadar, selimut, (Kalau tak ada dalam senarai tu, kena beli lah sendiri)

Banyak lagi soalan sebenarnya, In Shaa Allah kalau ada masa, aku akan reply. So good luck kepada yang memohon tu.  Ni kalau korang nak baca balik pos lama :


Adios.

Tips temuduga ke Kolej Vokasional
Update : Boleh check website Kesetiausahaan Pentadbiran KVSP2

Update : Hai, kepada yang dm personal tu, harap tak tanya ya soalan yang terlampau umum atau random macam :

"Kak, KV ni belajar macam mana?"  -Terlampau umum nak explain
"KV belajar berapa tahun?" - Basic kot ni. Apa-apa pun baca dulu entri pasal KV kat [SINI]
"Kursus sekian sekian ni buat apa?/ kursus ni nanti temuduga tanya apa" - Walaupun saya pernah belajar kat KV, saya cuma belajar 1 je kursus kat situ, saya taktau pun kursus lain buat apa, waima soalan apa yang akan ditanya masa temuduga. 

Another update: Hi, soalan-soalan terkini mengenai KV saya dah tak boleh jawab sebab dah lama tinggalkan KV (terakhir 2016). Tqvm.


You may leave your comment :)

01 November 2013

Program Outreach di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Assalamualaikum ^^
Baru-baru ni, bertempat di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah diadakan program outreach bagi zon Kedah/Perlis. Lebih kurang 20 buah sekolah telah hadir. Pelajar lepasan PMR telah datang untuk melawat bengkel-bengkel bagi kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ni.



Antara kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ialah :

Kluster Perniagaan :
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kesetiausahaan Pentadbiran 
  • Perakaunan
Kluster Hospitaliti :
  • Seni Kulinari
  • Baking & Pastry
  • Fesyen
  • Kosmetologi
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran
Aku sendiri pun melibatkan diri dalam program ni. Tapi aku duduk kat bengkel je la. Tapi perghh penat gila. Bayangkan nak melayan student-student yang datang kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran. Memang banyak karenah. Ada yang malu-malu nak cuba mesin-mesin yang ada kat situ (perempuan), ada jugak yang hyper active, tanya banyak soalan (lelaki). Tapi kami layan jugak dengan elok. Eh, elok ke? Hahahha.

Kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran, kami ada buat slide show dalam Bilik Mesyuarat. Dan kat bengkel, kami ada buat penerangan perkara yang kami belajar, dan student-student boleh menggunakan mesin-mesin yang disediakan. Yang paling menarik perhatian is, mesin ricih. Sampaikan ada satu student ni seronok sangat mericih sampai tinggal sikit je kertas-kertas tu.
Mama (Aisya) sedang memberikan penerangan

Mesyuarat tergempar di bilik meeting
Pameran dari kolej-kolej lain
Kolej lain juga turut hadir untuk membuat pameran. Antaranya, Kolej Vokasional Arau, Kolej Vokasional Langkawi , Kolej Vokasional Kulim dan SMT Alor Star . Depa kata makanan kat Dewan Makan kami sedap ohh.  Apa-apa pun thankyou pada Mama, Wardah, Dhia, Aida, Teah, Ayu and Najwa sebab depa la dok tolong melayan.



Asrama Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah mendapat naib johan Asrama Gemilang 2013 daripada 88buah kolej vokasional / Teknik dalam Karnival Vokasional / Teknik. 

p/s : Masih ramai yang pandang sebelah mata Kolej Vokasional. Anda macam mana? Masih dengan pandangan kolot atau sudah memohon? *aceceh, macam iklan la pulak*

You may leave your comment :)

24 March 2013

Sistem pembelajaran Kolej Vokasional

Assalamualaikum w.b.t.

Perasan tak, sekarang ni aku dah jarang sangat update blog ni. Yelah, sekarang ni mana ada masa dah, sebab sekarang dah dok kat asrama. Untuk pengetahuan korang, tahun lepas, aku telah mengambil result PMR dan telah mendapat keputusan 4A 4B. Tak update apa-apa pun masa tu. *Kemalasan malanda.

Sekarang ni, aku dah masuk Kolej Vokasional Sungai Petani2, ambil course Kesetiausahaan Pentadbiran. Sekarang still lagi tahun 1, semester1. Ramai yang berpendapat, kalau nama 'vokasional', mesti sekolah untuk budak-budak bodoh, budak-budak yang malas belajar, yang dah tak ada harapan untuk belajar. Anggapan tu, sangat-sangat lah salah. Vokasional sekarang, bukan macam vokasional dulu-dulu tau. Bukan senang-senang je nak masuk. Macam KV aku sendiri, yang memohon 5000 orang, tapi yang diterima, 200 lebih je, itupun ramai yang kena buat rayuan dan di interview. So, kalau nak selamat masuk KV ni pun, mesti ada 2A dalam tangan, baru ada harapan. *Tu KV aku lah. KV lain ada yang lagi susah, ada jugak yang senang.

Senior dan Junior dorm C2

Kolej Vokasional Sungai Petani2 telah menawarkan :


Kluster Perniagaan :
  • Pengurusan Perniagaan  *Belajar business
  • Kesetiausahaan Pentadbiran  *Dilatih menjadi secretary/personal asistant
  • Prinsip Perakaunan  *akauntan
Kluster Hospitaliti :
  • Seni Kulinari *memasak
  • Baking & Pastry *buat kek/desert
  • Fesyen *Designer/tailor
  • Kosmetologi *Makeup/Bahagian rambut. (boleh buka spa/saloon)
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak *ala-ala cikgu tadika

Untuk pelajar yang ambil course kluster perniagaan, pembelajaran akan banyak menggunakan komputer. 

Kolej Vokasional Sungai Petani 2 cuma menawarkan course yang lebih kepada perempuan, tapi lelaki pun ada. (Baking & Pastry / Seni Kulinari ramai lelaki), kalau nak yang ala-ala course lelaki, boleh la pilih Kolej Vokasional Sungai Petani 1.

Untuk pelajar tahun 1,2. (Ting.4, 5) itu dipanggil pra diploma. Sebab pelajar-pelajar KV ni akan mengambil diploma pada tahun ke-4. Satu tahun ada 2 semester. Jadi untuk 4 tahun, kita ada 8 semester.
Pada tingkatan 5, pelajar KV hanya akan dapat meneruskan pengajian untuk lagi 2 tahun, kalau dapat pointer 2.0. Dan, sijil Vokasional bersama pointer 2.0, adalah setaraf dengan sijil SPM. Dari apa yang aku dapat, sijil diploma vokasional sertaraf dengan sijil politeknik.
Dhia buat amali untuk mesin ricih

Belajar kat kolej ni, takda pun masa untuk honeymoon. Setiap masa kena study. Setiap assignment akan diambil markah. Dan assignment ni kita kena hantar kat cikgu waktu luar kelas. Tapi yang untungnya, kalau kita belajar 2 bab untuk satu subjek selama 1 sem, sem yang seterusnya dia tak akan tanya lagi bab sem yang lepas. Berbanding dengan SPM, belajar berbelas-belas tajuk, lepas 2  tahun baru keluarkan semua yang dah dipelajari.

Masa di Kolej dan Asrama
7 a.m  : Keluar blok untuk makan dan pergi surau
8 a.m  : Mula kelas.
10a.m : Rehat selama 1 jam (waktu tutorial)
11a.m : Kelas
12.30 pm.  : Rehat untuk lunch dan menunaikan solat Zohor
2 p.m  : Pergi sekolah (ada kelas)
5 p.m  : Balik, kalau rajin boleh la pergi minum petang
             MASA FREE 
7:15 p.m  : Pergi surau blok untuk solat Maghrib. *ikut blok, ada yang hari-hari, ada yg selang seli.
8:30   : Prep (belajar) 
10.30 : Free . 
*Masa untuk satu subjek ialah 1 jam. Selalunya subjek course kita akan ada 4 jam dari 7 jam masa belajar.

Pakaian pula, dah tak pakai dah baju sekolah, tapi pakai baju koperat warna oren. Baju ni dipakai sampai form5 je. Lagi 2 tahun, baju bebas rasanya.

Asrama KVSP2 (Blok C)-blok aku la tu.
  • Kemudahan: toilet, shower, dobi, bilik iron, bilik prep, dan bilik tv,water cooler,cerek disediakan.
  • Handphone/tablet boleh dibawa, dengan syarat bagi warden. Hujung minggu warden bagi pegang.
  • Mp3, walkman, radio, laptop, camera boleh dibawa dan disimpan sendiri.
  • Broadband diharamkan.
  • Pada hari persekolahan, TV boleh buka setiap hari kecuali waktu malam. *balik sekolah bukak la.
  • Hujung minggu boleh buka TV dari pagi sampai 11.30 malam.

*Setiap blok ada peraturan sendiri.

Bilik mesyuarat
Untuk yang berminat nak ambil course Kesetiausahaan Pentadbiran :
Untuk sem1 ni, memang best. Course ni, nak latih kita jadi setiausaha sesebuah syarikat,  kira setiausaha ni orang kedua terpenting la  dalam sesebuah syarikat selain bos. Untuk sem1 ni, Bahagian 1, aku belajar bab mesin. Belajar guna mesin fotostat, printer, mesin faks, mesin ricih. Bahagian 2, penyuntingan. Kita kena edit banyak file. Bahagian 3 pulak, kita kena belajar taip dengan betul, buat memo perniagaan, surat dan banyak lagi. Kalau korang jenis ketagih kat komputer, boleh la pilih course ni. Tempat belajar ada 3 tempat, kelas, makmal dan bilik mesyuarat.
p/s : Agak-agak ramai lagi tak yang tak boleh nak ubah pandangan buruk kat vokasional ni ? 
KURSUS YANG DITAWARKAN DI KV SUNGAI PETANI 2 [ KLIK ]
Recent post untuk 2017 : Soalan Lazim : Kolej Vokasional 
Tips Temuga Kolej Vokasional
Update : Boleh check website Kesetiausahaan Pentadbiran KVSP2

You may leave your comment :)

14 December 2017

Tips Temuduga Kolej Vokasional

Assalamualaikum.



Memandangkan sekarang pun dah nak masuk tahun 2018, aku pun dah konvo bulan 8 haritu, dan sah menjadi alumni Kolej Vokasional, dan sudah pun bekerja selama 6 bulan di sebuah universiti tempatan peh, boleh check it out entri pengalaman temuduga haritu. Tapi ramai jugak adik-adik lepasan PT3 setiap tahun daripada tahun 2014 dulu mesti ada whatsapp, komen kat blog, emel, DM kat IG, chat kat facebook, tanya kat twitter eh banyak la pasal KV dan Kesetiausahaan Pentadbiran.

Dah konvo yay
So, kat sini aku nak cerita sikit la pasal temuduga nak masuk Kolej Vokasional. Sebelum ni, aku dah pernah uruskan sesi temuduga student 2 kali, dan pernah temuduga student sendiri (bersama pensyarah). Diingatkan, post ini hanyalah sekadar apa yang aku tau dan atas dasar pengalaman lepas sahaja. Kalau ada perubahan, minta maaf lah ye patik kurang periksa. Lagi satu, kebanyakan ujian ada batch kena, ada yang tak kena, ikut KV jugak. Aku mention, just in case ada. Sebab semua ujian ni pernah berlaku dalam masa 4 tahun sebelum ni.

Ujian Fizikal
Ujian ni korang kena berlari mungkin satu padang, mungkin kawasan kolej dan sebagainya. Tujuannya nak uji fizikal korang sebab kebayakan program di KV agak tough dan kelas pun 8 pagi-5 petang. Kalau tengah-tengah lari tu korang pengsan, semput tiba-tiba, menggelupur ke, out la ye.
(Rasanya ujian ni dah tak ada, kurang pasti)

Ujian Bertulis
Ujian bertulis ni soalan senang. Soalan basic je. Tak perlu risau.

Ujian Kerohanian
Ujian bacaan ayat Al-Quran (nak make sure boleh baca je), dan bacaan dalam solat.
(Tak pasti untuk KV lain, tapi KVSP2 selalu ada)

Temuduga
Temuduga ni korang prepare je lah macam nak jawab temuduga kerja. Antara contoh soalannya:

  • Kenalkan diri.
  • Kenapa pilih program dan KV tersebut.
  • Apa pencapaian semasa di sekolah.
  • Apa yang anda tahu mengenai kursus tersebut.
  • Apa bidang kerjaya yang anda tahu mengenai kursus tersebut.
  • Pendapat mengenai KV.
  • Hobi dan cita-cita (Soalan trick, kalau jawapan tak related dengan kursus, nampak sangat tak berminat pun dengan kursus tersebut. Contoh, ambik Seni Kulinari tapi cita-cita nak jadi doktor)

.... dan banyak lagi soalan-soalan macam temuduga kerja tu. Paling penting jawab kena yakin, ikhlas, dan jangan menipu.

Selain daripada ujian-ujian di atas, setiap kursus juga ada ujian yang berbeza. Contoh, Seni Kulinari perlu bagitau nama 10 jenis bahan masakan, haa bagitau la kalau depan korang ada rempah kari, bunga cengkih, bunga kantan, daun sup ke ape ke. Kalau fesyen, mungkin ada ujian design baju dll. Kalau Kesetiausahaan, kena cakap omputeh sikit je.

Untuk yang nak tau mengenai Kesetiausahaan Pentadbiran, dengan ini aku dengan rasminya mengisytiharkan laman web Kesetiausahaan Pentadbiran, Kolej Vokasional Sungai Petani 2. In Shaa Allah website ni akan diwariskan kepada junior-junior dengan pemantauan pihak atasan. Lama dah sebenarnya website ni diwujudkan, sebab final project lulz, sekarang baru nak publish. Huhu. 

Jadi semua, boleh la check https://kesetiausahaankvsp2.blogspot.my/ . Semoga bermanfaat!



Update : Hai, kepada yang dm personal tu, harap tak tanya ya soalan yang terlampau umum atau random macam :

"Kak, KV ni belajar macam mana?"  -Terlampau umum nak explain
"KV belajar berapa tahun?" - Basic kot ni. Apa-apa pun baca dulu entri pasal KV kat [SINI]
"Kursus sekian sekian ni buat apa?/ kursus ni nanti temuduga tanya apa" - Walaupun saya pernah belajar kat KV, saya cuma belajar 1 je kursus kat situ, saya taktau pun kursus lain buat apa, waima soalan apa yang akan ditanya masa temuduga. 

 TQ. Adios.


You may leave your comment :)

19 November 2014

Kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Assalamualaikum, berikut ialah kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 dan ada daripadanya ditawarkan juga di KV lain. Jangan tanya ye kursus-kursus selain kursus di bawah dan Kolej Vokasional yang lain. Sebab saya memang tak tahu.


BIDANG PERNIAGAAN

Pengurusan Perniagaan

Pengurusan Perniagaan
Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Info : Perniagaan merupakan jantung kepada kemajuan negara. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada dokumen perniagaan, pengurusan pelanggan, konsep perniagaan yang betul dan teknik mengurus perniagaan mengikut situasi persekitaran semasa. Ia turut mendedahkan pelajar-pelajar mengenai hubungkait antara organisasi dan persekiratarannya serta pengurusan strategik dalam perdagangan dan industri. Kerjaya berpotensi seperti usahawan dan pengurus syarikat.


Kesetiausahaan Pentadbiran


Kesetiausahaan Pentadbiran
Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan 
dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Info : Tugas seorang setiausaha amat penting di dalam operasi sesebuah pejabat, syarikat atau organisasi. Seorang pengurus atau ketua memerlukan seorang setiausaha yang cekap dalam pelbagai urusan. Tanpa setiausaha, tugas seorang pengurus menjadi rumit terurtama dalam melayani pelanggan daripada pelanggan, mengatur janji temu, urusan surat menyurat, mengatur mesyuarat dan segala urusan rasmi melibatkan pejabat. Dengan kepesatan ekonomi negara dan pertumbuhan syarikat SME, multinasional permintaan terhadap setiausaha amat tinggi.


Perakaunan
Perakaunan
Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan
buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa
tentang prestasi syarikat.

Info : Perakuanan merupakan bidang yang melibatkan proses menyimpan, mengklasifikasi dan membuat laporan transaksi, aset, dan kewangan sesebuah organisasi atau syarikat. Setiap syarikat mesti mempunyai staf yang bertanggungjawab terhadap akaun dan kewangan. Kursus ini akan melatih pelajar untuk teliti, sistematik dan analitif terhadap prinsip perakauanan.
Prospek kerjaya biasanya ialah akautan, perunding kewangan, pengurus akaun dan kewangan dan sebagainya.

BIDANG HOSPITALITI

Seni Kulinari
Seni Kulinari
Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan
makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Info : Pelajar akan diterapkan dengan pelbagai pengetahuan, pemahaman dan teknik yang merangkumi teori, teknikal dan praktikal dalam kerja-kerja penyediaan, pengurusan dan menyelenggaraan makanan. Yang ditekankan di sini ialah konsep rekaan yang menarik dan kreatif, di samping mengenalpasti dan menggunakan alat yang sepatutnya dengan selamat dan betul. Prospek kerjaya adalah seperti chef kulinari di hotel, restoran mewah malah boleh membuka katering sendiri.


Bakeri dan pastri
Bakeri dan Pastri
Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan.
Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru
dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Info : Pelajar didedahkan penggunaan teknik membuat produk bukan-yis seperi doh berlamina dan penyediaan produk pastri, membuat sos ringkas dan memperagakan juadah kepada pelanggan. Program ini menyediakan pelajar untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya bakeri dan pastri, contohnya sebagai chef dessert di restoran berstatus tinggi, membuat pastri di outlet pastri, pembuat roti di bakeri artisan, membuat pastri/dessert untuk bankuet/hotel dan banyak lagi.


Fesyen dan membuat pakaian

Fesyen dan Membuat Pakaian
Program ini menyediakan pelajar tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
Info : Pelajar didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fesyen bagi mewujudkan pelajar yang kompiten dalam membuat pakaian serta peka kepada perkembangan fesyen. Kursus meliputi prinsip penggunaan alat jahitan, pemilihan bahan, kajian fesyen, penjagaan fabrik dan proses membuat pakaian. Peluang kerjaya seperti Pereka Fesyen Profesional, Penasihat Fesyen serta membuka butik pakaian dan tradisional atau moden.


Kosmetologi
Kosmetologi
Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badanpenggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.
Info : Kosmetologi ialah pengajuan dan aplikasi rawatan kecantikan. Ini merangkumi kecantikan rambut, rawatan muka, kosmetik dan lain-lain. Pelajar juga berupaya mengenalpasti dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran dalam kehidupan seharian dan memberi sumbangan secara optimum dan berkesan kepada berbagai lapisan masyarakat. Peluang pekerjaan seperti Pedandan Salun, mengurus spa dan lain-lain.

Pengajian awal kanak-kanak


Pengajian Awal Kanak-Kanak
Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan 
kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan 
pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat 
tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Info : Kursus ini memberikan ilmu pengetahuan mengenai aspek pembelajaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak secara menyeluruh. Kursus ini memberikan bimbingan dan panduan lengkap kepada pelajar untuk menguruskan kanak-kanak dengan cekap. Peluang kerjaya seperti pengasuh, pengajar dan pendidik tadika, sekolah swasta. Graduan juga boleh membuka taska dan tadika sendiri.

Credit : Fanpage KVSP2 / Video Korporat KVSP2 / Semua student KVSP2
Sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan di bawah.


Tips Temuduga Kolej Vokasional

You may leave your comment :)

25 February 2016

Kem Kepimpinan MPP & JPKP Kolej Vokasional Zon Kedah Perlis

Assalamualaikum. Pada 18-20 Februari 2016 yang lepas, guwa telah menyertai kem di KAMC dan Kem Palas di Yan, Kedah. Memandangkan guwa kena buat laporan pasal kem ni, alang-alang guwa update terus lah blog ni. Jadi kem ini telah disertai oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Pengurusan Kediaman Pelajar seramai 8 orang setiap Kolej Vokasional di Zon Utara Kedah-Perlis ni. Jadi, antara Kolej Vokasional yang terlibat untuk kem ni ialah KV Arau, KV Kangar, KV Sungai Petani 1, KV Sungai Petani 2, KV Langkawi, KV Kulim, KV Alor Star dan SMT Alor Star.

Kalau 2 tahun yang lepas, kem sebegini dibuat di Timah Tassoh, Perlis yang sememangnya berbeza gila dengan Kem Palas ni. Kalau kat Timah Tassoh ada aktiviti macam Flying Fox, Rock Climbing, cycling dan lain-lain, kat Yan ni pula, kem ala-ala tentera macam acah nikmati nature lah kat sini.


First time tau pasang khemah, sebelum ni tau tidur je. Masa baru sampai tu pun kitorang dah kena pumping kes silap bagitau bilangan peserta. Masa tu, “nak balik, nak balik, nak balik.”

Jadi, ni antara aktiviti kami disana.


Pagi-pagi kitorang ada senamrobik. Time kitorang jadi conductor kat depan tu takpe lah boleh main-main. Sekali Sarjan Roslan (ketua jurulatih) yang conduct, memang power la step dia bagi.


Masa ni kena present untuk kertas kerja. Biasalah MPP kan banyak event nak kena handle. Tapi dengan masa 30 minit nak fikir, bincang bla bla, then kena kritik kawkaw pula kan. Memang peh peh. Eh, pemimpin kena sado tau. Ni group Platun 4, group guwa. Tapi muka guwa tak ada, dilindungi gitu.


Masa untuk ready makan petang tu, guwa dengar jurulatih cakap pasal 'makan beradab', eh punyalah tak berakalnya guwa, fikir kat kem nak makan kat meja ramai-ramai, lepastu pakai sudu garfu. Luls. Tak okay, tapi makan satu pinggan, aku suap kau, kau suap aku. Tak pernah aku sweet-sweet gini.


Bila tengok balik tentatif tu, ingatkan pukul 12 malam tu dah boleh tidur. Tertipu. Pukul 12 baru nak masuk dalam hutan. Masa malam pertama tu, kami ada latihan ketahanan diri, so kena angkat sorang peserta dengan hanya menggunakan kain batik. Lepas tu, kena baring atas jalan tar ditemani bulan dilangit yang entah berapa lama. Untuk malam kedua pula, kena tutup mata, lepas tu aku pun tak pasti apa jadi sebab aku tidur sambil duduk dalam hutan tu.

Banyak sangat pengalaman manis kat sini, antaranya bila dengar je bunyi bom, kami semua kena jerit Grenade, dan terus menerap. Tak kira lah kau buat apa pun. Dari kena menerap masa kawad, masa berjalan, masa trakking, masa bergelak ketawa, sampaikan masa majlis penutup pun boleh bunyi boom. Naya-naya.



Kat sini kami banyak belajar. Bukan kemenangan yang menjadi tujuan utama, tapi kerjasama di antara satu pasukan yang paling penting. Eh, cliché pula tetiba.

So memang bestlah kat sini, sebenarnya banyak lagi aktiviti kat sini, contohnya, pengucapan awam, debat kepimpinan, trakking denai Gunung Jerai, tapi tak ada gambar, ni pun ihsan dari peserta dari KV lain je. Terima kasih ya. :)
So untuk yang nak datang ke sini, kat bawah ni boleh tengok pakej-pakej yang ada. Boleh hubungi terus pihak kem palas.


Telefon : 013-4355897/019-4806030

Adios.

You may leave your comment :)

01 May 2014

Lawatan Ke Sarawak

Assalamualaikum w.b.t.
Bulan lepas, Warden-warden serta Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak. Memandangkan kami dari Sungai Petani, kami pun pergi la ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. First time naik 'belon', so jakun sikit la kan. Penerbangan kami kalau tak silap lebih kurang 2 jam.

Sampai-sampai je kat airport Kuching, terus je kami ke Kolej Vokasional Matang untuk  melawat blok-blok asrama di sana. Dan seterusnya, lawatan ke Sekolah Menengah Teknik Sejingkat

Sekolah Menengah Teknik Sejingkat
Then, kami pun check in kat De Palma Waterfront Hotel.  Lepas berehat, malam tu kami nightwalk di Kuching Waterfront. Shopping la, apa lagi. Kat sini, kita boleh tengok Dewan Undangan Negeri Sarawak. Untuk makan-makan kita pergi ke seberang sungai, ada food court. Kat sini memang best sebab di sepanjang jalan ada je busking.


Nasi ikan terubuk masin
Sarawak Cultural Village, Kampung Budaya Sarawak.
Kampung budaya Sawawak ni terletak di kaki Gunung Santubong. Muzium hidup ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Kat sini kita boleh tengok pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negara kita. Kat sini juga ada persembahan kebudayaan dua kali sehari. Walaupun tak banyak sangat persembahan, tapi tetap best. 





Kek Lapis Dayang Salhah
Kalau sebut je Sarawak mesti ingat kek lapis kan. So, kalau nak yang sedap dan agak tahan lama, boleh la try kek lapis Dayang Salhah. Kalau sembang-sembang dengan orang kat sana pun, memang diorang akan recommend kan Dayang Salhah. Sebelum membeli, kita boleh rasa dulu semua kek kat situ. Semuanya sedap-sedap. Kalau nak beli online, boleh la menempah di dayangsalhahkeklapis.com.my




Muzium


Pasar Sarikin
Pasar Sarikin ialah sebuah pekan kecil di Bau ( sempadan antara Sarawak dan Indonesia ). Pasar ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Kat sini lah kalau nak memborong sakan pun.

Dan, akhirnya. Masa untuk pulang ke semenanjung. Bersama mantan pengarah KVSP2, Tuan Haji Ahmad bin Hassan. Terima kasih kepada Air Asia kerana telah memberi layanan yang baik. Now Everyone Can Fly.

You may leave your comment :)