27 August 2016

DIY : Cuci / Cetak Gambar Sendiri

Assalamualaikum. So today nak share sikit macam mana nak cuci / cetak gambar sendiri untuk letak dalam album gambar. Mungkin ramai dah tau, tapi mungkin ada yang tau, tapi hasil gambar tak lawa tak sebab tak ikut prosedur yang betul. *ceh, macam aku buat lawa je*


Ni hasil DIY photo album yang aku buat, khas untuk album zaman belajar kat KVSP2 dari tahun 2013 hingga 2017. Daripada mula hari pendaftaran, belajar 4 tahun, buat latihan sangkutan, in shaa allah praktikal bulan Disember untuk 4 bulan, lepas tu page last sekali gambar graduation. Ala-ala journey aku selama 5 tahun ni nak dapatkan diploma. Peh, tinggi betul cita-cita. Sekarang baru siap separuh.


Selalu orang kalau print gambar, kualiti tak cun sebab:
1. Salah pilih kertas (guna kertas A4 biasa)
2. Print melalui Microsoft Word. Dah la tak lawa, menyusahkan pulak nak susun satu-satu.
3. Dah print melalui cara yang betul tapi tak setting jenis gambar.
Okay, so macam mana nak buat? Check it out.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah: 
  • Komputer/laptop
  • Printer (berwarna)
  • A4 glossy photo paper 
  • Paper cutter *kalau tak ada, guna gunting
  • Album gambar *optional



A4 glossy paper ni korang boleh cari kat kedai buku. Harga dalam lingkungan RM10-RM20 untuk 20 keping. Yang aku beli ni, RM9.90 je, tapi aku pernah beli harga RM16. Ikut jenama dan tempat jugak kot. Selalu kalau nak beli sekeping pun ada, RM1 sekeping.

Lagi satu, untuk effect gambar korang yang lawa, jangan lupa edit sikit. Tapi kalau dah lawa, ikut suka la nak print terus ke apa. Aku edit guna photoscape je, sebab paling mudah nak adjust brightness dan sebagainya.

Cara-cara
1. Pilih gambar yang nak dicuci dan letak di dalam 1 folder.
2. Select all (nak mudah tekan je dekat keyboard Ctrl + A serentak) dan right click.
3. Pilih option "print"

Select All - right click - Print

4. Tengok dekat pop up window bawah ni. Jangan lupa setting : type paper tu tukar kepada "photo glossy paper" dan pilih saiz yang korang nak. Kalau aku, aku buat 9 gambar sekali satu page, jimat. Lagi satu masa nak print tu, make sure set jenama printer tu sama dengan printer korang yang guna. Kang jenuh hempuk printer tu gambar tak keluar-keluar.


5. Klik Print. Tunggu gambar selesai diprint.
6. Gunting gambar. Nak mudah guna paper cutter, tapi kalau tak ada, guna je gunting. 
7. Susun dalam album dan siap!!

Gambar-gambar ni semua nak gantung dalam bilik boleh, letak dalam frame pun boleh. Tapi nak diingatkan, gambar ni tak tahan lama kalau terdedah sangat dengan udara.(boleh tahan mungkin paling lama setahun) So pilihan yang terbaik ialah letak dalam album ataupun frame okeh?

Adios.


You may leave your comment :)

10 comments:

  1. bestnyaaaa..prnah try print guna glossy paper tp xtau mcm mna nak susun hahahha

    ReplyDelete
  2. It's been a while since the last time I did this.
    Suka sangat print gambar hahaha

    ReplyDelete
  3. HI,CANTIK BLOG NI..SAYA TERUS FOLLOW SINI :)

    ReplyDelete
  4. Salam. Nak tanya, semua jenis printer boleh print gambar ke? Atau kena guna printer yang khas untuk print gambar menggunakan a4 glossy paper tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. Semua printer boleh, asalkan ada ink colour je.

      Delete
  5. Replies
    1. Ikut cara penjagaan, kalau selalu kena angin habuk tu setahun pun dah pudar sikit-sikit. Tapi kalau simpan elok-elok dalam frame/album bertahun-tahun pun elok lagi.

      Delete
  6. AnonymousMay 12, 2017

    salam nak tanya. dekat printer takyah setting apa² ka? terus print centu ja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, dekat printer tak payah setting apa-apa. Just setting kat komputer/laptop tu je.

      Delete

Maaf kalau tak dapat nak balas komen.