06 February 2016

DIY : Buat Sticker Laptop Sendiri

Assalamualaikum w.b.t. After a year baru sempat guwa nak update blog, padahal bukan tak sempat, tapi malas gila, dan acah sikitlah dengan design blog yang baru padahal luls, agak girly dan nampak macam blog biasa dan tak ada yang wow langsung pun. So, harini memandangkan guwa rajin nak update blog yang dah usang teruk ni, guwa nak share la DIY buat sticker laptop sendiri. Walaupun guwa bukanlah jenis yang kreatif, tapi guwa cuba juga buat benda ni sebab masa cuti haritu guwa bosan gila. Tambahan pula, *cewah* sticker laptop yang dijual pun macam hmm biasa-biasa je, tak kena dengan taste pun. So jom tengok.

Ni, sticker laptop yang aku buat sendiri. First try, so tak gempak sangat, just simple dan paling penting tak susah pun nak buat. Cuma gambar yang dipilih tu lah yang memainkan peranan penting. Nak mudah, setkan tema yang korang nak pilih, so senang la nanti masa pemilihan gambar. Macam guwa, guwa pilih tema quotes acah-acah freedom lah.


DIY laptop sticker

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • A4 sticker berwarna putih
  • A4 sticker lut sinar/ laminating sheet
  • Kertas putih
  • Printer
  • Gunting
  • Gam 

 Dan cara-caranya:
  1. Pilih gambar yang anda inginkan di Google. Nak guna gambar sendiri pun boleh.
  2. Print gambar.
  3. Potong gambar.
  4. Lekatkan kertas stiker putih A4 di atas laptop anda, supaya mudah ditanggalkan kemudian hari.
  5. Susun dan lekatkan gambar di atas permukaan laptop yang telah dilekatkan dengan kertas A4 sticker putih.
  6. Lekatkan laminiting sheet ataupun kalau susah nak cari, gunakan kertas sticker lut sinar di atas permukaan laptop supaya kalau kena basah ke apa ke, gambar tak rosak.
  7. Siap!
Untuk lebih faham, boleh la tengok video di bawah. Kalau tak boleh play [KLIK SINI]

Okay, untuk gambar kecik-kecik tu kalau nak print pun boleh. Just download kat  [SINI] dan [SINI]  hanya right click, save image as, done.
Simple kan?

You may leave your comment :)

4 comments:

  1. sy dah lama tak buat diy macam ni. haha malas sebenarnya. hehe thank you for the diy!

    ReplyDelete
  2. nanti boleh lah try. tq untuk totorial ni. Nak tahu cerita seram time balik kampung? Meh laa singgah XD

    http://anies-msletoes.blogspot.my/2016/02/cerita-seram-balik-kampung.html

    ReplyDelete

Maaf kalau tak dapat nak balas komen.