01 November 2013

Program Outreach di Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Assalamualaikum ^^
Baru-baru ni, bertempat di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah diadakan program outreach bagi zon Kedah/Perlis. Lebih kurang 20 buah sekolah telah hadir. Pelajar lepasan PMR telah datang untuk melawat bengkel-bengkel bagi kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ni.



Antara kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 ialah :

Kluster Perniagaan :
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kesetiausahaan Pentadbiran 
  • Perakaunan
Kluster Hospitaliti :
  • Seni Kulinari
  • Baking & Pastry
  • Fesyen
  • Kosmetologi
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran
Aku sendiri pun melibatkan diri dalam program ni. Tapi aku duduk kat bengkel je la. Tapi perghh penat gila. Bayangkan nak melayan student-student yang datang kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran. Memang banyak karenah. Ada yang malu-malu nak cuba mesin-mesin yang ada kat situ (perempuan), ada jugak yang hyper active, tanya banyak soalan (lelaki). Tapi kami layan jugak dengan elok. Eh, elok ke? Hahahha.

Kat bengkel Kesetiausahaan Pentadbiran, kami ada buat slide show dalam Bilik Mesyuarat. Dan kat bengkel, kami ada buat penerangan perkara yang kami belajar, dan student-student boleh menggunakan mesin-mesin yang disediakan. Yang paling menarik perhatian is, mesin ricih. Sampaikan ada satu student ni seronok sangat mericih sampai tinggal sikit je kertas-kertas tu.
Mama (Aisya) sedang memberikan penerangan

Mesyuarat tergempar di bilik meeting
Pameran dari kolej-kolej lain
Kolej lain juga turut hadir untuk membuat pameran. Antaranya, Kolej Vokasional Arau, Kolej Vokasional Langkawi , Kolej Vokasional Kulim dan SMT Alor Star . Depa kata makanan kat Dewan Makan kami sedap ohh.  Apa-apa pun thankyou pada Mama, Wardah, Dhia, Aida, Teah, Ayu and Najwa sebab depa la dok tolong melayan.



Asrama Kolej Vokasional Sungai Petani 2 telah mendapat naib johan Asrama Gemilang 2013 daripada 88buah kolej vokasional / Teknik dalam Karnival Vokasional / Teknik. 

p/s : Masih ramai yang pandang sebelah mata Kolej Vokasional. Anda macam mana? Masih dengan pandangan kolot atau sudah memohon? *aceceh, macam iklan la pulak*

You may leave your comment :)

15 September 2013

Tips : Cara Meringankan Blog

Assalamualaikum. Haa, bila tengok tajuk tu, ada tak rasa blog aku ni ringan je loading. Act, aku sendiri pun tak tau yang blog aku ni ringan ke berat sebab aku guna wireless 90 hengget sebulan, jadi tersangat lah tak wajar kalau nak kata lambat. Benda ni aku bukan perasan sendiri ke apa. Tapi, ramai yang tegur dan mintak tips.

1.Widget
Benda ni paling basi la kan, tapi tetap juga ada yang letak widget tak berguna seperti jam dan kalendar. Aku mengaku masa firstime aku berblogging dulu, memang aku anggap benda ni comel. Tapi bila ingat balik, rasa nak pecahkan muka terus kat dinding. *Hiperbola sungguh.

2.Background
Jangan gunakan background yang bersaiz besar, seelok-eloknya, guna yang lebih kecil.


3.Gambar
Ada blogger yang suka letak gambar berlambak-lambak kat sidebar, itu sangatlah tidak bagus, letak je satu gambar untuk menunjukkan owner tersebut.

4.Format Gambar
Benda ni memang ramai tak ambil kisah, faham tak maksud format gambar? Format gif memberatkan blog, seelok-eloknya guna format png.


5.URL gambar
Jangan biasakan upload dan ambil daripada imageshake dan photobucket atau mana-mana website yang membolehkan kita dapat URL gambar. Seeloknya upload di kotak entri. Nak tau macam mana? Tengok sini.

6.Simpan Gadget
Semakin banyak code dalam blog, semakin berat lah blog tersebut. So, cara nak jimatkan code dalam template, korang simpan la code yang tesembunyi. Contohnya, code cursor, code yang floating di tepi sidebar. Dan diletakkan dibawah sekali supaya gadget yang penting boleh loading dulu.

Click untuk tumbesaran

7.Susunan Gadget
Gadget yang berat seperti cbox, patut diletakkan bawah sikit. Untuk bagi dia masa loading. Dan widget follower jangan letak bawah header, sebab gambar follower anda yang ramai akan memberatkan blog.

8.Kolom
Ada blog yang letak 3 kolom, macam aku ni 2 kolom je lah. Kiri entri, kanan sidebar, Manakala 3 kolom, kanan dan kirinya ialah sidebar, dan ditengah-tengahnya bahagian entri.Jadi, blog terpaksa loadingkan widget di sidebar dulu, baru bahagian entri. Orang nak baca entri, bukannya sidebar. Kesimpulannya, 2 kolom terbaik.

9.Mampatkan coding.
Benda ni penting, macam yang aku cakap tadi, makin banyak code, makin berat blog. So, benda ni akan memampatkan coding blog korang yang panjang berjela. Caranya :

1.Pergi ke CSS Drive Gallery.
2.Tick macam yang aku tick, untuk yang pandai edit mengedit blog, boleh pilih normal.



3.Copy code <b:skin><![CDATA[/* sampai code ]]></b:skin> dan paste dalam kotak kosong tersebut.
4.Click compress-it.
5.Copy dan pastekan balik code yang baru di template.
*digalakkan backup template.
*Kalau nak pilih 'normal' pun boleh.

Mana aku tau semua ni? Aku banyak membaca, dari blog biasa, sampailah blog profesional. Lepastu, aku pun amalkan. Haa, anda? Bila nak amalkan?
You may leave your comment :)